Nuffnang Ads

Followers

Thursday, September 26, 2013

Penghujung.

Pejam celik pejam celik dah nak habis sekolah dah tahun ni. Sumpah rasa cepat nak mampus masa berjalan, berlalu, berlari, pecut, yadaa yadaa.

Dan makin nak hampir cuti sekolah jugaklah, makin banyak tugasan datang.

Walaupun sebenarnya satu je yang giga punya projek.

Jujur aku bersyukur aku bersekolah di MRSM. Kenapa? Sebab aku berpeluang menjadi tukang masak dalam Pertandingan Memasak antara Homeroom di Beseri dulu, aku boleh juga jadi boneka bagi cikgu homeroom masa Majlis Buka Puasa Perdana yang turut mempertandingkan Pakaian Terbaik Antara Homeroom, semasa di Beseri, yakni semasa aku masih kanak-kanak ; Tingkatan 1.
Aku pun boleh berangan jadi hiker terbaik kononnya masa daki Gunung Jerai yang memakan masa hampir 3 jam bersama geng Jillul Imtiyaz gwa.
Aku pun rasa sangat hebat sebab boleh present like a great boss walaupun sebenarnya hampeh je lebih untuk setiap subjek, terutamanya Sejarah, berbekalkan buku teks dan teman seper-bentangan dengan aku ; Syamin dan Piqa sewaktu Tingkatan 2 dalam kelas Cikgu Zamri.
Aku rasa aku dah cukup pengalaman juga untuk jadi dukun pulihkan histeria walaupun baru sekali je pernah hadapi alami situasi tu masa Tingkatan 1, zaman tak matang.
Aku pun rasa dah cukup matang untuk hadapi dunia luar yang penuh halangan, dugaan dan cabaran apabila aku dan classmates semasa Tingkatan 1 kena bash dengan satu batch hanya disebabkan satu BUKU BIRU.
Aku rasa like a great detective semasa menyiasat, mengagak dan menyelesaikan sesuatu masalah, seperti mencari tahu soal nombor maktab, tarikh lahir, nama penuh, tempat asal, bekas sekolah, etc. seseorang.
Aku pernah merasa jadi penyanyi juga masa Acapella KIKS Tingkatan 4 2013 awal tahun ini bersama kumpulan kesayangan aku.

Dan sekarang aku tengah ada 2 job untuk berlakon. Satu drama Inggeris, satu drama Melayu tempatan.
Yang Inggerisnya, QWERTYUIOP dan yang Melayunya, Forum Remaja 2020. Terasa sibuk semacam je nak menghafal skrip jalan cerita bagai.

Dan sekarang juga I feel like I'm a great web designer who be able using and benefiting up this Macromedia Flash for Final Computer Science Project. Finished up 1 scene per day is professional enough for me.
Bye. Another 3 scenes to be done. Fighting! Drama Korea mempengaruhi aku.

1 comment: