Nuffnang Ads

Followers

Thursday, January 14, 2016

Bererti

Sekarang aku sedar, penat rupanya asyik berkira ni. Beli sebotol mayones dari Walmart kurang 5 ringgit pun bahagi 5 org. 
tak bayar? jangan mimpi nak makan. 
termakan? bayar bayar.

penat la hidup macam ni. mungkin ni sebabnya kurang keberkatan hidup aku.
bukan ibu bapa tak didik biar jadi pemurah, jangan berkira-kira dengan orang tambah-tambah lagi soal makanan, tp apabila sorang mula berkira, hati hitam jadi terikut dan dengki.
"Aku ada beli fries sepaket rm2. nak ambil la. tp cakap berapa kau kena bayar,"
"Ada marker? Mau tulis nama di botol sos cili. Ni aku punya. Nak ambil boleh. Cakap dulu ok,"

sudah tiba saatnya aku buat hidup aku lebih bererti.
bagaimanakah caranya? mungkin salah satunya; kurangnya rasa kedekut dan pentingkan diri sendiri, sebaliknya banyakkan memberi sesama ahli rumah.
apalah sangat kalau asyik memberi kepada orang-orang gelandangan di bandar-bandar San Francisco, Los Angeles, San Jose, tp rakan-rakan serumah ni satu sen hutang termasuk cukai lagikan dituntut.
aku dah penat.

biar aku mulakan. nak ikut, silakan. tak mahu? perut dan poket masing-masing.

No comments:

Post a Comment