Nuffnang Ads

Followers

Saturday, April 26, 2014

cinta itu indah sekali!

akan ada masa diri jadi malas sangat sampai nak publish new post dengan content "aherher" semata-mata.

aku pernah terfikir, kenapa nak kejar sangat SPM kan.
bukannya tak semua A, tak boleh hidup. kan?
bukannya yang sederet A+ berjaya dunia akhirat semuanya. kan?
dia macam ni la. kita sebenarnya dilahirkan dalam sistem yang salah.
apapun, bukan salah kita, yang kita, yang aku jadi macam ni.
salah sistem.
jadi tak payah la sibuk nak kejar sangat semua A+ kan?

sampai masa nanti sijil SPM takkan dikenang lagi pun. kan?
sampai masa nanti, yg SPM ke laut pun, boleh timbul balik tengah-tengah laut tu, silap-silap tumbuh jadi pulau siap. kan?
sampai masa nanti, diri akan sibuk juga dengan dunia yang tak pernah habis sampailah masa kita mati, macam mana diri sibuk bersiaga untuk SPM dahulu kala, dan masa tu SPM yang kita gagal dulu pun kita lupa. kan?
sampai masa nanti, kita yg mungkin tak cemerlang SPM ni akan jumpa mereka yg beratur A+ atas slip dahulu kala berada di bawah kita. kan?

tapi bila nak sampai masa tu kan?
entahkan sempat ke tidak, aku pun tak tahu.

ambil masa. renung balik.

kenapa tak cuba je sehabis baik, penuhkan masa untuk dunia yg fana ni demi SPM dulu? cuba.

cuba untuk kepuasan diri. takkan taknak rasa puas hati bila dah sederet A+ nanti?
cuba untuk tebus jasa pergorbanan titik peluh penat lenguh kaki mak ayah tekan brek tarik gear masa ulang-alik hantar ambil masa belajar, duit yang bersepah berapa banyak dah habis, takkan nak kasi lebur mcm tu je? kan?

apapun aku tetap tak setuju dengan sistem pendidikan negara kita.
atau mungkin tempat aku sahaja?
aku kurang pasti.

budak yang tiada mampu dalam akademik, dan excel dalam sukan.
"kita kena tolong dia. jangan kasi dia aktif sangat. merana nanti"
dia ditarik dari situ. sumbangannya selama ni tak dipandang, tak dihargai sama sekali.
heh.
sebenarnya dah mampu hidup dah budak tu kalau dia serius dalam sukan...
natijahnya, sukan ke mana, akademik lagilah terkapai-kapai.

bagaimanapun, aku kena sedar diri.
aku ni,
jangankan spm, percubaan pun tak lepas lagi.
dan nak persoalkan semua ni? heh.

No comments:

Post a Comment