Nuffnang Ads

Followers

Wednesday, August 28, 2013

Yakin

Minggu ni minggu aktiviti. Orang kata, Minggu Aktivitilah minggu paling best. Takde tekanan. Lepak. Takde homework. Takde kelas akademik. Prep takde. Clear lewat pun boleh. Cis. Dusta itu semua.

Isnin ada puisidra. Pagi pukul 11 baru mula full rehearsal. Pukul 2.30 terus perform. Giliran kedua pula persembahan bagi kelas aku, dan aku pun berlakon. Aku masih tak percaya perkara tu sebenarnya.

Selasa. Persediaan SEM. Hari ni lepak. Malas-malas je nak siapkan brochure, board SEM semua. Asalnya nak layan The Conjuring but ended up lepaking everywhere around the lab area.

Rabu. Pesta SEM. Ni cuak. Cuak beb. Giliran ketiga. Cakap tak putus-putus. Konon nak tutup takut depan cikgu. Dapat pujian sebenarnya.

"Kamu punya kajian dah bagus. Cuma silap kamu tak buat pilihan jawapan untuk murid nyatakan subjek yang mana selalu menyebabkan mereka tidur dalam kelas untuk 'sebab selalu tidur dalam kelas' ni. Kalau kamu ada tambah benda tu je sikit lagi, kamu boleh bantu kami guru-guru untuk perbaiki kualiti pengajaran dan elakkan kamu semua pelajar untuk terus tidur dalam kelas. Contoh untuk subjek Sejarah yang paling ramai pelajar tidur dalam kelas misalnya, jadi guru Sejarah boleh cuba sesuatu untuk perbaiki cara pengajaran mereka. Silap-silap, kamu boleh bawa projek ni ke HEA sebab boleh memberi sumbangan kepada maktab sebenarnya."

Apapun aku tak rasa aku tak perlu quote apa yang Cikgu Faizah puji tu he he. Tajuk tesis aku : Sleeping in Class Among Students in MJSC Taiping.

Lepas pembentangan, aku pun bawa diri dari kawasan makmal. Lepak kat kelas 10. Tidur. Tak sangka sebenarnya yang aku boleh pula tertidur. Lepas tu dah terjaga, gerak semula ke kelas aku. 

Asalnya aku ajak classmate aku layan The Conjuring tapi semua mcm bajet tak layan hantu Inggeris layan hantu Siam je so layan Pee Mak nate apa entah.

Habis tayangan, datang satu rakan sekelas. Nak minta satu copy The Conjuring beserta sari kata. Well aku tahu aku buat kerja perkomputeran cepat kan. Yada yada yada in a blink of eye aku dah siap copy ke dalam thumbdrive dia. Ala copy je pun apa yang susah sangat kan.

HOWEVER he didn't even believe in me doh. He was like, 

"Eh betul ke dah copy? Check lagi sekali. Aku tak yakin dengan kau."

"........." Bertindak mengikut arahan.

Okay ada. Dia diam.

Mujur aku tak keluar analogi agama;

"Kalau tak yakin dengan aku, jangan minta tolong aku. Tak yakin sangat kan? Samalah mcm doa. Doa macam kita minta tolong dengan Tuhan kan? Allah dah berfirman, mafhum, 'Mintalah kepadaku, nescaya akanku perkenankan'.
Tapi kalau doa tak yakin dengan bantuan Tuhan, susahlah kan"

No comments:

Post a Comment