Nuffnang Ads

Followers

Saturday, June 8, 2013

Susah.

Assalamualaikum.

Sedang berkemas. Nak bertolak esok. Mungkin singgah di Beseri dulu. Adinda tuan hamba ada di situ. Lepas tu baru bergegas ke tujuan yang sebenar.

Makanya, hari ni sibuk mencari keperluan - sabun, syampu, biskut, makanan segera, tuala wanita dll.

Dalam mencari benda-benda tu, maknanya duit memang banyak nak guna lah kan? Dan masa ni lah tersedar betapa susahnya nak hidup nanti. Beb! Beli 8 barang je dah cecah RM50++. Hey Head n Shoulder botol kecil pun RM11.90 lah. Nah. Tersedar. Terjaga. Terbangkita daripada lena yang terbuai-buai sebelum ni. Tak termasuk yuran yang tertunggak lagi.

Duit belanja, nak bayar makanan untuk Malam Integriti, duit kelas, tu semua tak kira lagi tau.

Aku bukan dari keluarga yang kaya-raya. Parents aku dua-dua cikgu. Anak-anaknya pula boros nak itu ini.

Setiap kali nak pulang ke asrama, tak sampai hati lah nak minta duit. Hatta untuk nak beli benda-benda tak penting macam komputer riba, baju untuk Ladies' Night, baju untuk Integration Night. Akan datang baju untuk Aspiration Night pulak. Keh keh bajet aku nak dapat join je Malam Aspirasi tu.

Jadi, nak balas tu semua, takde lain. Belajar je lah kan.

Nak-nak pulak belajar kat tempat yang setiap masa perlukan duit. Pandai-pandailah kawal perbelanjaan. Letakkan kepentingan.

Beb. Susah betul nak senang.

No comments:

Post a Comment