Nuffnang Ads

Followers

Saturday, June 8, 2013

Hadiah

Mungkin ada sesetengah yang menganggap, hadiah itulah yang menentukan tahap penghargaan seseorang terhadap seseorang yang lain?

Mahal hadiahnya, tinggilah penghargaannya? Meskipun tiada faedah yang awak dapat daripada hadiah itu? Pun boleh.

Bagi aku, hadiah yang murah tapi boleh mengubah hidup seseorang dari jahil ke alim itu lebih baik, kan? Takde guna bagi makanan, Kinder Bueno contohnya, tapi sekadar tak lain dan tak bukan hanyalah untuk dia memenuhi kelangsungan hidupnya. Something like motivational novel is great gift that might change one's life what. (memandangkan aku suka bagi novel je sebagai hadiah)

Kadang-kadang tanah liat dengan ukiran daripada midribs di atasnya pun membawa seribu makna kan?

Ibu aku seorang guru. Maka, nak dijadikan cerita, banyak juga hadiah yang diperolehinya. Hari Guru lah katakan. Aku suka menyelongkar hadiah.

Terjumpa satu kad. Sangat biasa. Sangat simple. Daripada anak murid tahun 1 kalau tak silap.

Kalau aku yang dapat kad tu, hasil pemberian anak murid, tahun 1 pula, memang aku bergenang air mata terharu punya lah. Nampak effort dia kat situ untuk nak jugak bagi hadiah walaupun kad.

Dan sekarang apa hadiah aku nak beli untuk Integration Night ni?????!!!



No comments:

Post a Comment