Nuffnang Ads

Followers

Thursday, April 18, 2013

Ayam Kampung vs Ayam Daging

Tak boleh nak salahkan guru penyusun jadual yang meletakkan subjek Pendidikan Islam pada masa pertama yang mana kelasnya bermula seawal jam 7.30 pagi apabila pelajarnya mengantuk dan dah asyik tersengguk-sengguk masa ustaz mengajar di hadapan. 
Takkan nak salahkan ustaz yang kononnya cara pengajarannya tak menarik? Semestinya tak.
Lagilah tak boleh nak kata Pendidikan Islam ni membuang masa. Apa nak jadi jahil? Nak nak pula pelajaran Lambaian Kaabah.
Nak jadi manusia kufur? Bila topik Manusia Perlu Bersyukur dibuka pula?!

Habis mukadimah.

Makanya satu pagi, kelas Pendidikan Islam bersama Ustaz Hadi. Membicarakan soal Lambaian Kaabah. Melihatkan semuanya menanti masa muka untuk rebah ke meja dengan gaya tersengguk-sengguk, beliau membuka satu soalan. 

Krik krik.

Tiada yang menjawab.

Katanya, "Baiklah, cari jawapannya!"

Disoalnya lagi satu soalan.

Pun tiada jawapan. Atau mungkin ada, namun tidak tepat. Aku lupa.

"Balik cari jawapannya!"

"Kenapa Ustaz tak bagi saja jawapannya?" soal Irfan.

Ketawa. Ustaz ketawa.

"Inilah kamu. Asyik tunggu disuap. Taknak usaha sendiri. Macam ayam daging. Pernah tengok ayam daging? Tahu bezanya dengan ayam kampung?"

Ayam daging.

Ayam kampung.

Geleng.

"Ayam daging tu yang duduk dalam sangkar rapat selalu tu. Asyik kena suap je kerjanya. Bukan macam ayam kampung. Buas. Lincah. Ganas. Rakus. (kebanyakan perkataan ini hanya tokok tambah) Independen. Bukannya macam ayam daging. Orang dah keluarkan dari sangkar untuk disembelih pun masih diammmm je. Duduk satu tempat. Tak nak selamatkan diri. Hatta pisau berkilat dah diacung depan mata kepala si ayam daging, masih lagi duduk di situ. Kenapa?"

Masing-masing tersenyum. Ketawa. Sudah dapat menangkap maksud Ustaz.

"Sebab tak nak usaha selamatkan diri. Sampai masa, zappp. Mampus. Macam kamu semua lah."

Sepi.

"Padu tak?"

Ketawa meledak.

"Sangat padu, Ustaz," sambil ketawa aku menuturkan.

No comments:

Post a Comment