Nuffnang Ads

Followers

Wednesday, March 27, 2013

Hijrah

Assalamualaikum dan salam Smart School. Biasakan lidah menutur dan menyebut Smart School sentiasa. Moga-moga ia menjadi doa dan dimakbulkan Tuhan Yang Satu.

Seperti yang sedia maklum, saya (NURHA) telah melakukan satu penghijrahan kecil melangkaui lebih dari satu negeri. Dari Perlis ke Perak. Bukanlah satu jarak yang jauh, mungkin. Jalan kaki, sampai juga. Memang lah. Sejauh mana pun jarak dari satu tempat ke satu tempat tu, walaupun dengan hanya meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki, tetap akan sampai juga. Yang membezakan jalan kaki dan menaiki kenderaan itu hanyalah teknologi dan cepat lambat perjalanan, itu sahaja. Tak payah gelabah. Tenang sudah.

Oh ya berbalik kepada penghijrahan, saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba boleh terpesong tentang kenderaan dan jalan kaki ah biarkan.

Memang, penghijrahan atau perpindahan itu memerlukan pengorbanan. Lihatlah sirah! Muhajirin berkorban harta baik kekayaan mahupun zuriat dan keluarga menyahut tuntutan berhijrah. Hijrah itu besar maknanya, bang. 

Pada awal perpindahan, dari Beseri ke Taiping, proses penyesuaian semula diri di tempat baru itu pasti ada. Cepat atau lambat sahaja. Kalau asyik meletakkan dalam otak "Aku tak boleh dengan suasana di Taiping. Sejuk sangat. Beseri panas. Aku tak biasa dengan cuaca sejuk-sejuk begini. Ah! Aku harus kembali ke tempat lama yang lebih rendah kelembapannya" memang hidup di tempat baru takkan rasa aman dan tenteramlah kan. Tanam dalam diri, "Bila lagi nak merasa sejuknya Taiping kalau bukan sekarang. Di kota penuh debu Kuala Lumpur, memang tak lah" fikir positif. 

Dapatkah kalian merasa sejuknya Taiping? Tak? Baik, tak mengapa.
Nah tiba-tiba masuk pasal cuaca pula. 

Suasana pembelajaran di sini taklah seteruk mana. Sama saja dengan Beseri, bagi aku.
Laju, sama dengan Beseri. Cikgu-cikgu, sama menarik dan baik dengan Beseri juga. Biasalah, dah namanya Maktab Rendah Sains Mara, baik Beseri-Baling, Taiping-Jasin, rasanya sistem dan perangai anak-anak Mara di institusi ini semua sama sahaja. Begitu juga dengan pendidik. Kalau anak didik rasa nak ilmu lebih, pandai-pandailah gunakan inisiatif yang disediakan. Dengar kata MRSM Taiping Smart School kan? Ipad menanti. Manfaatkan ia.

Dari segi fasiliti, tak dinafikan memang baguslah. Sesuai dengan usia 30 tahun maktab ini. Sekurang-kurangnya ada 'water cooler'. Beseri takde. Apa kaitan? 

Dah aku malas nak menaip. Apapun, cabaran saya terhadap diri sendiri untuk menaip sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, maksud saya Bahasa Melayu yang sebenar, rasa-rasanya tersahut! Kecuali untuk 'water cooler'. Kalau boleh cabar diri untuk menaip satu entri panjang dalam Bahasa Inggeris, kenapa tak cuba untuk Bahasa Melayu?



Dan bagi memenuhi permintaan Nabila Halim :

Ini gambar lama beliau. Gambar terbaru............



No comments:

Post a Comment