Nuffnang Ads

Followers

Monday, December 10, 2012

Ibu bapa.

Parents aku bukan macam parents kawan-kawan aku.

Awat aku kata lagu tu?

Like I used to say before, I love observing at a person for knowing her/his style. Some of them are..... hands down! GREAT! But the rest are.... hmm I can say, worse. Dan aku selalu je dengar kawan-kawan aku on the phone dengan parents depa. Ada yang manja, ada yang biasa-biasa je, ada yang macam borak dengan kawan, yang terjerit-jerit pun ada, memaksa itu ini.

Aku dengan parents aku, okay lah. Rapat, tapi tak baik sangat.... Stok boleh dibuat kawan, tapi masih kena respect sebab depa parents, aku anak. Hah macam tu lah.

Aku bukan jenis yang, "Ibu, petang ni nak keluar. Ibu hantar gi ___________" sebab aku bukan jenis meminta, gamaknya. Kalau buat je, siap lah tadah telinga dengar dia recite schedule dia sepanjang hari tu. Contoh "Ibu, nak gi __________ tolong hantar pukul 3" "Penat lah baru balik sekolah dari pagi tadi sampai sekarang takde masa. Kalau nak gi jugak, sendiri tak boleh ke apa lah faham lah kerja orang sama ini tak........................."

Sebenarnya aku pernah macam WOW BIAR BETUL bila pernah dengar one of my friends call mak dia suruh ambil dia, well dah habis training bola baling. Penat der. Dari pukul 4 sampai 7. Tak ke letih habis? And she just called and her mother picked up the phone dan dia terus "Ma, ambil" PAP. Wow?!!!!

Sebenarnya aku pernah lah jugak buat macam "Ibu, ambil!" dan sampai je mak aku dan semasuknya aku ke dalam kereta tu "Buat macam driver pulak eh 'Mai ambil' macam tu je?" dan terus lah leteran sampai ke rumah, dan sejak hari tu, kalau dah habis kelas/train apa-apa, call mak aku, dia angkat dan aku kata "Ibu, dah habis." "Japgi ibu sampai" ataupun "Dah kat depan traffic light depan sekolah ni" walhalnya baru depan gate?!

Ada juga satu kawan aku, bukan satu, sesetengah.... yang suka mengarah parents itu ini. "Pak, hantar tuala, yang lama dah koyak." "Di (panggil penuh Daddy), cepat lah kat mana ni? Kat selekoh kedua mana pula? Ala cepat lah. Hmm cepat datang ambil orang penat tunggu" "Umi, beli tiket flight. Cuti kali ni taknak naik bas. Flight pulak."

Just, "What goes around, comes around." What you did is what you get. If you be nice to others, the other would be nice to you too. If you be nice to your parents, your child/ren would be nice to you, for sure. Redha Tuhan ada pada redha mak ayah.




1 comment: