Nuffnang Ads

Followers

Sunday, December 23, 2012

Haiwan.

Ke sebuah kedai foto tadi untuk urusan sekolah. Maklumlah, melangkah ke alam baru yakni daripada sekolah rendah ke sekolah menengah rendah mahupun daripada menengah rendah menginjak ke menengah atas, pastinya memerlukan pelajar untuk menyediakan paling cikai pun 4 keping gambar pasport buat pihak sekolah. Padahal rasanya yang diperlukan hanyalah satu untuk menghiasi kad matrik milik pelajar. Itu sahaja, kalau tak salah aku. Tapi masalahnya sekarang aku bukan nak cakap tentang gambar pasport, tapi tentang apa yang tuan punya kedai foto tu bahaskan dengan mak aku tadi (aku berdiri belakang mak aku sambil tersenyum kepada apek cina yang petah bercakap) tentang kucing.

Apek Cina ni bela kucing. Ada lah kot 3-4 ekor dalam kedai foto dia. Dakwanya, dia dah bela banyak juga kucing. Sebabnya, kucing-kucing tu terbiar kat lorong belakang kedai dia. Ada juga kucing yang kena tinggal dek sapa-sapa entah kat depan kedai dia. Atas dasar belas kasihan, dia ambil kucing tu dan bela. Maka, dia pun tanya mak aku "You tak bela kucing ke?" "Tak. Malas. Lagipun susah nak bela. Nanti kucing tu berak merata. Busuk satu rumah. Boleh rosak mood kalau baru balik kerja letih-letih, misalnya. Lagipun nanti kalau tak jaga dia, salah juga"(nak berbicara soal dosa pahala dengan apek cina macam tak kena gaya rasanya)

"You tau, ada orang yang pergi letak kucing-kucing tepi jalan ni di satu taman itu letak dalam sangkar sekali monyet itu semua. Ada yang kepala kucing-kucing tu kena tarik dek monyet, ada yang kucing hidup tapi tinggal tulang maa, takda orang mau kasi makan. Kesian. Itu yang buat tu semua Islam tu. Aiyaa talak kesian ke?"

And I was like "He mentions about Islam" and my mak was like err okay. Tergamam dan termalu sebab non-Muslim cakap macam tu kat umat agama kita. Dan itu memang kenyataannya pun.

Kalaupun tak suka kucing, tak perlu rasanya letak kucing-kucing dalam sangkar dan kurung dan tak bagi makan sampai mati. It's better to leave them at the market kan so they could find for their food by their own. Tak perlu menyeksa sampai macam tu sekali.




No comments:

Post a Comment