Nuffnang Ads

Followers

Friday, November 23, 2012

Keyakinan.

Assalamualaikum.
Well dalam diri setiap orang tu seharusnya ditanamkan keyakinan yang tinggi. Ya, aku tahu! Aku pun diajar tentang keyakinan juga di sekolah. Keyakinan diri, keyakinan dalam berhadapan dengan orang ramai, keyakinan bercakap, keyakinan membuat pilihan, keyakinan itu, keyakinan ini. Tambah pula belajar di sekolah berasrama penuh yakni MRSM (no I'm not to brag) memang setiap masa dan saat dan ketika akan ditekankan pasal keyakinan.

Awat yang keyakinan ni penting sangat?

Yang orang tekankan keyakinan sebab kata diorang "Kalau takde keyakinan, awak tak boleh nak bercakap di khalayak ramai. Kalau takde keyakinan dan tak boleh bercakap depan orang ramai, awak tak boleh jadi pemimpin. Kalau awak rasa tak confident, awak kena tingkatkan ia."

Tapi tak ke kalau over confident, lain yang jadinya?

Ha ha. Mestilah. Yang tu pun nak dipersoalkan lagi? Ambil contoh mudah, sorang student merangkap calon peperiksaan yang besar yakni SPM, pandai, berkarisma, berdisiplin, dan yang paling penting, berkeyakinan tinggi. Sangat tinggi. Terlalu tinggi. Amat tinggi. Mendalam sekali. Ha ha dah tinggi lepas tu mendalam pulak eh acaner tu. Setiap kali exam memang pointer tak kurang dari 3.90 ya Allah pandai gila kan hmm. Tapi, menjelang SPM, dia tak buat apa langsung. Hatta nota poket pun dia tak selak. Cuma masuk dewan, duduk, dan jawab. Sebab apa? Sebab dia over confident. Tapi akhirnya dia tak boleh jawab. Haa tu macam disadvantage of being confident ke apa ni? Her lebih kurang ah.

So why the hell am I talking bout confidence? Well yeah I chatted with kak Ayuni Balqis last night. She was my senior in Beseri and now she's a student of MRSM Taiping hey you've to know Taiping is a great place for excellence students.

I asked about the way Taiping's students learn, and kak Ayuni said memang diorang belajar laju gila. Kena pandai dan tahu cara untuk berdikari. Misalnya, tak paham sesuatu topik of a subject ke apa ke, pandai-pandai lah tanya kawan yang expert sebab nak mintak cikgu ulang ajar semula topik memang mustahil sama sekali. And now we're talking about academics.

Kepimpinan. Well MRSM kan ada Badan Wakil Pelajar (BWP) or Students' Representative Council. Pemimpin maktab ah lebih kurang. And as the students in each batch in Taiping is 400, you've to compete to get that jawatan of BWP. Bayangkan lah yang apply untuk BWP tu ada lah kot 100 and above. So nak fight tu masa manifesto lah selalunya kan, mesti kena confident yang tinggi. Ye lah, bercakap depan 800 rakyat, tak ke menggeletar kepala lutut. And this is why we need confidence.

Di satu sudut, keyakinan saaaaaangat diperlukan. Tapi kadang-kadang, slow down pun tak salah, rasanya.

2 comments:

  1. hye,nice 2 know u junior. juz so u know,i ex beserians,don't push ur self to digest all the knowledge that u learned.need confidence of course,but jangan over.last but not least "Knowledge isn’t power until it is applied"
    PMR ke dis year? btw..all the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak for the advice. Haah PMR. Tengah tunggu result ni lagi berapa hari je lagi.........

      Delete