Nuffnang Ads

Followers

Wednesday, August 22, 2012

Random

Assalamualaikum.
Okay nak terus pergi ke isi lah.

Aku sekolah berasrama, hidup di asrama. Masa aku banyak habis dengan kawan-kawan sejak tiga tahun ni lah. Hidup kat asrama memanglah seronok kalau tahu jaga diri, tahu macam mana nak survive. Tahu macam mana nak jadi hotstuff. Then you'll find the fun. Tapi, kalau tak tahu macam mana nak bahagikan masa, tak tahu how to manage time among study, game, lepak, etc. well, memang payah ah.

Dan kalau malas pun, memang lah susah nak study. Bila malas buat homework misalnya, nanti kena marah dengan cikgu. Kalau ponteng kelas tambahan, cikgu sanggup cari kat kiub (bilik) semata-mata taknak pelajar beliau ketinggalan subjek/topik yang akan diajarkan nanti. Apapun, tu semua kena lah atas usaha sendiri. Kalau nak mengharapkan kerajinan guru-guru pendidik bangsa untuk cari, atau dalam bahasa mudahnya; 'perigi cari timba', memang tak lah.

Kalau nak survive kat boarding school lagi, kena pandai cari kawan okay. Ya betul. Tersilap langkah, lu masuk tanah jerlus terkapai-kapai kelemasan lah jawabnya like yes I am serious.

Untunglah dapat kawan hotstuff, at least kau boleh merasa jadi hotstuff jugak. Untung ada kawan lawa, sekurang-kurangnya merasa jugak tempias kelawaan dia. Untung ada kawan jenayah, boleh jumpa HEP sama-sama. Kan? Haha. Lagi untung ada kawan yang cerdik, dah tu... tak kedekut ilmu pulak. Bertambah pandai lah kan.

Dan that moment yang terbaik teramat bila kita ajar kawan kita yang lemah dalam Matematik misalnya, dan akhirnya, dalam exam, dia skor. Atau cukuplah sekadar markah dia meningkat dari 40 ke 80 misalnya. Okay itu amatlah membanggakan sebab kita salah seorang yang menyumbang tenaga dan keringat dalam manghasilkan kejayaannya. Wah dah macam Karangan Bahagian C PMR Bahasa Melayu pulak lah ea. Okay lah nak sambung raya.

**************************
Actually tengah boring walaupun raya then scroll down for the previous post that I haven't publish so finished this entry up :)

1 comment:

  1. Sumpah tepat mengena entri kau. Prefer a friendship than friendshit. Kawan banyak serius tak rugi. Best of luck PMR adik.

    ReplyDelete