Nuffnang Ads

Followers

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan

Assalamualaikum.
Dah Ramadhan kan? Cepat giler bro. Macam baru semalam je tarawih berimamkan Ustaz Ali Imran who you even don't know so don't act like you know him well okay? Tahun ni boleh lah jugak sambut awal Ramadhan kat rumah. Hari Jumaat kelmarin balik. Hari ni (Ahad) dah kena masuk maktab balik. Aiyaa sangat sekejap maa cuti ini kali. Takpe lah janji ada. Kalau takde cuti kutuk-kutuk kata takde cuti.. dah ada cuti kutuk-kutuk jugak kata cuti kejap. Hish tak faham aku.

Okay back to the tajuk, weh serius tak sabar nak balik maktab then puasa kat maktab and manfaatkan Ramadhan ni. Ye lah dengar kata ada cikgu nak buat kelas lepas sahur eh? Kami form 3 okey je. Sedia berkhidmat dan terpacak depan DKC pukul 6. Janji boleh balik awal. Okay, deal. Haha.

Kalau bulan puasa kat maktab ni kan, mesti ada kelas/homeroom/biro yang bukak gerai kan? Pesanan aku, jual makanan sedap-sedap tau. Harga maintain murah. Kalau tak, aku tak beli! Haha. Macam tahun lepas, Cikgu Faizal jual oblong like seriously sedap dengan daging empuk tuuu tapi harga pun sedap jugak. Tettt. Kira okay lah tu makan sekali sekala. Tak lah terasa sangat kehilangannya. Muahahaa.

Apa lagi eh yang ada masa Ramadhan kat maktab?

Hah. Bukak puasa dengan homeroom paling best. Tapi tahun ni homeroom aku buka puasa 25 Julai ni, kalau ikut schedule lah. Awal sangat lah. Cikgu Farzlina ajak buat weekend. Boleh masak-masak kat rumah dia. Eh cikgu ni pun macam tak tahu kami memang belajar kulinari pun. Setakat masak ni memang senang sangat. KH pun dah ajar. Walaupun kami ambil Teknikal, memang ada masak memasak tu. Haha. JK

Hah lagi! Kalau sahur tu lah paling menyeksa sekali kalau nak bangun nya. Sehari boleh pergi sahur kat DS pun kira dah bangga sangat lah. Tapi seriously, lauk sahur kat DS seeeeedaaaaapppp sangat tau. Kalau terlepas memang menyesal jugak lah kadang-kadang. Lagi satu masa sahur boleh tengok muka sorang-sorang sembap dengan eyebagnya muka berminyak lagi entak sempat gosok gigi cuci muka ke idaknya sebelum datang DS tadi ehh apa aku mengarut ni. Dah ah nak sambut tweet.



1 comment: