Nuffnang Ads

Followers

Saturday, June 9, 2012

MSQ

Assalamualaikum. Actually aku pun tak sure apa benda MSQ yang Azwar sebut, tapi yang aku tau, MSQ ni syarikat apa entah yang pernah datang maktab aku dan bagi aku nangis sedu-sedan. Bukan aku je, Nazirul pun nangis. Eh tetiba.

 Anyway entry kali ni tak berkaitan dengan MSQ sangat pun. Banyak nya pasal batch aku je. Batch lagi? Okay batch lagi. Nak buat mcm mana. Dekat nak PMR ni semangat assobiyah makin kuat lah pulak. Jadi aku posted ini kat page Jillul Imtiyaz :

Klik kalau nak jelas.

Tengok Chong pun nak nangis. Anyway, aku tak rasa pun post tu sedih. Haha. Lain orang lain hati en. Dan aku rasa nak teruskan kesinambungan daripada post tu, boleh? Tapi aku rasa takank elaborate panjang sangat ah. Apa omputeh kata? 'Less is more'? Hah ye lah tu.

Aku sebenarnya memang tak suka kalau ada orang yang push aku untuk dapatkan 8A untuk PMR. Mak aku memang jarang push untuk 8A. Tapi beliau push aku, paksa aku belajar elok-elok. Beliau pernah kata; zaman sekarang PMR orang tak pandang. SPM pun. Masuk U pun tak tentu kerja lagi.'

Daripada apa yangg mak aku pernah kata, aku simpulkan sendiri lah kan, gagal exam tak semestinya gagal hidup. Berapa ramai je yang pandai tapi disebabkan ilmu agama tak penuh di dada, kandas jugak. Aku tak mintak lah jadi macam tu. Cuma ambil pengajaran daripada sekeliling. Jadikan pedoman, sempadan.

Macam aku post tu lah. Usaha demi hidup, bukan untuk PMR je. Ada sapa entah cakap kat aku, macam ni lah lebih kurang, 'Kalau kita study untuk nak skor exam, Allah akan bagi. InsyaAllah. Tapi benda yang kita study tu akan kekal sampai exam je. Lepas exam, benda tu akan hilang. Blank. Tapi, kalau kita niatkan belajar sebab Allah, untuk pahala, pelajaran tu akan kekal sampai mati. InsyaAllah.'

Dah ah short entry je pun. Chao.

'


No comments:

Post a Comment