Nuffnang Ads

Followers

Saturday, September 17, 2011

16 September : Hari Malaysia

Assalamualaikum.
okey, kat rumah sekarang. outing.
tak kuasanya aku nak update blog kat maktab. bukan apa, takda privacy la kata orang kan kan?

jadi, memandangkan kelmarin, 16 September bersamaan dengan Hari Malaysia, satu Malaysia laa cuti kan?
kecualilah yang buat OT atau sama dengan overtime. sapa yang OT tu, kita senasiblah ea?
maktab aku memanglah cuti sekolah, yakni takyah pi kelas akademik, tapi ada program. haaaaa, program ni la yang aku nak story ni.
memang penat, serius penat gila TAPI seronok :)

okey, beginilah rentetannya :

pagi-2 lagi kena pi morning call macam biasalah kan. masa tu laa encik-2 dan puan-2 BWP bagi penerangan pasal program ni. yang terlibat pulak Form 1, 2 dengan 4 ja. memang terbaekk ahh.
Form 1 dengan Form 2 program semua sekali ja. okey la tu ;)

aktiviti pertama ; ikut kelas. kena buat tugu.
alahai, masa tu betapa gelapnya dunia aku rasa. HAHA
taklah sampai macam tu. derek hiperbola aku ni. bukannya apa, sebab lelaki-2 kelas aku tu 'alim la kononnya. ~ tapi at last, by hook or by crook, diorang memang KENA buat pun. diorang kata ; kami takmau memang pun. bagi lepas dan cukup syarat je . T_T rasa nak nangis je dengaq.

masa tengah-2 bincang dalam kelas pasal tugu tu, Encik BWP 2011/2012 sorang ni, Encik Zakhwan Roslee datang laa dari satu kelas ke kelas yang lain. ada laa dia cakap lebih kurang macam ni ;

'untuk pengetahuan semua, korang semua Tingkatan 1 dengan 2 dalam tawanan BWP. okey, BWP ni macam British la yang menawan korang semua yang lebih kurang macam rakyat Tanah Melayu ala-ala gitu. kalau ada yang engkar arahan kami, kami tawan . malam ni, baru kalian semua akan dimerdekakan.'

haaa, lebih kuranglah itu macam dia cakap. then okeylah kan. kami semua kena lepas pi makan kat DS, and for you information, mula dari pukul 11.00 pagi sampai 3.00 petang, barulah kami boleh makan nasi. kalau ikut waktu biasa, pukul 12 t/hari dah makan, itu hari Jumaatlah. kiranya makanan ditahan , macam catuan makanan gitulah. alaaa, kata belajaq Sejarah . ~

lepas makan kat DS pukul 11.00 tu, kami berkumpul depan blok pentadbiran. *kami di sini stand for Form 1 dan 2 students*  kami kena buat kerja amal la lebih kurang. cuci surau, tandas, cafe, galeri seni... macam-2 lagilah. semua kerja yang kami buat tu, setiap kumpulan akan dapat gaji. misalnya kami, kena buat kat kafe, jadi gaji kami RM2.70 dibahagikan dengan semua ahli kumpulan. nasib baik group aku tak banyak. tapi ikut jugak la. kalau dapat tempat yang susah nak cuci tu, makin tinggi la gajinya. group aku ; Arfan, Pudin, Syed, Anip Mije, Meena, Ain, Suraya, Tini, dengan Balqis. syiokk, sebab kami bukannya buat sangat pun. pakcik kafe tu yang tolong. tapi kami buat jugaklah okey :)

dah habis mencuci tu, kami berkumpul kat blok pentadbiran balik.
setiap ketua kumpulan kena berhadapan dengan majikan British yang gila bangang garang tahap tak ingat iaitu Encik Zakhwan Roslee lagi ! tapi tak sempat habis sebab kesuntukan masa. budak laki nak kena pi sembahyang Jumaat pulak.

bersambung di DS.... 3.00 petang.

duduk dalam group lagi kat meja kat DS. pastu tiba-2 pulak Encik Zakhwan Roslee lagi, kata yang kononnya ada yang mencuri duit untuk beli makanan tu. jadi, sebagai denda, setiap kumpulan hanya dapat RM1.00 ja. mana-2 kumpulan yang rasa duit tu tak cukup, diorang boleh gadai ahli kumpulan. sorang RM0.10.

adushhh, mula-2 tu ingat memang akan kebulur laa. so, itulah pasal semua lelaki group aku gadaikan diri depa. akhirnya total duit untuk kumpulan aku RM2.10 . dan kami kongsi 5 orang ja :)
gila makan besar tahap tak ingatlah habaq kat hang. HAHA
memang betul-2 mengajar erti catuan makanan laa. ~

malamnya pulak, mengikut kumpulan yang sama masa kerja amal tu, cuma bezanya sapa yang gadai diri masa nak makan tadi tak boleh terlibat sama. kiranya jadi tawanan BWP semua tu la.
setiap kumpulan dapat satu envelope. dalam tu adalah kain berlainan warna ; merah , putih, biru , kuning. dan yang parahnya semua orang kena senyap. sapa yang bising kena tangkap. gila bangang sungguh. pastu kami kena buat something dengan benda tu. asalnya kami buat tengkolok, pastu lepas tanya Kak Ika, dia kata ;

' apa lagi warna kain yang korang nampa masa pi tengok kat kumpulan lain ? '
' merah.. putih... '

dan tetiba ada mentol menyala atas kepala aku.
apasal laa aku tak tepikiaq bendera Malaysia.

alkisahnya lepas terpikiaqnya tu, terus aku cari segerombolan budak-2 batch aku, JILLUL IMTIYAZ. rupanya, kumpulan aku yang terlambat. HAHA
masa ni laa yang gempaknya. semua orang kena pertahankan kain-2 yang kami dapat tu, elakkan dari kotor.
jadi susunan kubu kami ; paling kecik orang-2 yang menyusun kain tu membentuk jadi bendera, yang sederhana pulak lindungi daripada orang menyerang dan perempuan, yang paling besar pulak laki, memang kasar habis laa. pastu adalah ABANG-2 dengan kakak-2 form 4 datang serang kubu. tapi sayangnya, korang takdapat tembusi. HAHA
kubu kami yakni lelaki-2 batch aku kuat lagi gagah perkasa okey :)
walaupun 15 orang laki takda sebab pi ragbi, tapi kami mampu ! HAHA

lepas tu, diorang ( TINGKATAN 4) panggil 4 orang dari setiap batch form1 dan form 2 untuk berunding untuk beri kemerdekaan. berunding punya berunding, dapat jugak kemerdekaan bagi batch JILLUL IMTIYAZ pada jam 23:36:32 , 16 September.

that's all. doakan aku exam selaras Isnin ni :)




No comments:

Post a Comment